Sunday, November 29, 2009

Aku dan Gitar...


Aku hari tu gi One Utama... aku berdiri je depan kedai gitar ni sambil melihat gitar-gitar yang indah di sebalik dinding kaca... Teringat gitar aku yang berabuk di rumah...

Aku dari kecik suka tgk orang main gitar...mcm rasa best sgt. Lagipun kan main gitar ni nampak cool je kan? :) Tapi takde masa nak belajar. Tapi aku terpanggil untuk membeli gitar setelah tgk anime Beck :p So aku pun belajar la main dengan bersungguh². Pastu ada la insan ni sound aku - "Asyik lagu tu je...boringla... Takde lagu lain ke?"

Semenjak di-sound begitu aku terus stop blaja main...yelah..aku kan baru blaja, mesti la blaja 1 lagu dulu sampai terrer...mana reti main lagu lain lagi :(

Cian gitar aku kat umah...

Tentangan Hebat

Tersebutlah kisah ~ Tok Hamster yang dahulunya terkenal sebagai mat rempit tersohor dari kuantan sehinggala ke segamat. Berbekalkan ekor rambut yang panjang, (nickname - abang kucing) tok hamster selalu merempit sambil ekor rambutnya yg terkeluar dr helmet terbuai2 angin bak ikan pari...

Rrrrrr...kayuh...kayuh...aku kayuh lagi laju dari korang rempit

Kalau setakat mat-mat rempit mcm Farid Kamil dlm Remp-It tu, Tok Hamster boleh kalahkan dengan bawak motor sebelah tangan je... (sebelah tangan lagi korek idung)


Paksu kata tak leh tu tak leh laa!! Flying Kick karang..

TETAPI MENGAPA?... Cita-cita aku untuk memiliki sebuah motorsikal mendapat tentangan hebat dari Tok Hamster sendiri!!! Mengapa? Mengapa?


Pasrah...basikal tak sama ngan motor...


Hmmm... so tak dapatla aku nak menunaikan keinginan aku nih... tak dapat nak dibayangkan kalau aku nak jugak beli, kena dengar bebelan mak aku lagi... So pikir punya pikir... takpela.. tak jadila beli motor... nak lepas gian beli basikal je laaaa...


Saturday, November 28, 2009

My New Wish List

Aku yang kempunan - Takde motor tapi kepingin bawak motor..

Baru tadi aku naik motor...membonceng di belakang adik sophie. Bestnya rasa angin membuai2 muka masa naik motorsikal :) Aku memang suka sgt naik motor. Tapi yang tak bestnya bila orang pandang aku lain mcm sebab aku membonceng di belakang awek :p Terbalik la pulak...

Teringat aku zaman universiti dulu bila aku dan rakan2 serumah selalu naik motor ke sini sana...Roommate aku pulak berbaik hati mengajar aku bawak motornya. Kiranya aku dah reti bawak motor tapi aku dah tak berani nak bawak setelah terjatuh motor dengan tuan motornya sekali. Lepas kejadian tu aku tak penah bawak dah motor. Tak tau aku reti lagi ke tak.

Adik sophie tadi kata motor yang dibawanya automatic, so tak payah tukar gear, jaga minyak tgn kanan, brake tgn kiri. Lagi senaaaaaannnnggg...

Aku dah ada target baru...aku nak beli motor...senang aku nak ke mana2.takde jam. nak ke kelas pun tak payah pening hal parking. Tapi yang buat aku dilema ada 2 perkara :

1. MAK aku cukup menentang aku bawak motor...karang jadi anak derhaka lak aku
2. Selalunya student xmsk kelas bagi alasan hujan...karang lecturer pulak guna alasan sama. Kalau ujan mcm mana aku nak g kelas?

Huuurrrmmmmm....

Tuesday, November 24, 2009

La~ Laa~ Laaaa~


Tetiba lak rasa nak berkaraoke~~.. Paksu joooommmmm! Kita tinggalkan Pak Belalang

Monday, November 23, 2009

Today's Moodymeter

I think the darker side of me will prevail today


Today's Moodymeter :
Feeling like hurting someone



Pemain Bola Terhebat



Semalam aku tengok highlights bola La Liga (Liga Bola Sepanyol). Pastu aku perasan ada sorang player ni terrer gila. Setiap kali gol mesti player ni yang score - Minuto. Aku pun sibukla mengusha sape mamat ni. Tapi tak kenal pun...

Usha punya usha...memangla setiap kali kali gol keluar perkataan "minuto" sebab minuto ni bahasa sepanyol untuk "minit". So bila gol keluar la ayat : GOL!! Minuto '54

Ceh...

Sunday, November 22, 2009

Omong Omong Kosong

Oleh kerana aku tak tau pe nak buat..jadi aku nak merapu di blog ini...


1. Apa pandangan anda tentang Hardiness?

Tadi aku baca suratkhabar...aku perasan setiap kali orang meninggal, keluarga dan rakan2 karib akan describe tentang si dia yg meninggal tu spt: XXX seorang yang berdikasi, ceria...etc

So aku terpikir...kalau lah aku...org² terdekat akan describe aku mcm mana??


***************************************************************************************





All I want for christmas is boobs err..i mean books

2. Apa Hardiness inginkan sekarang?

a) world peace (yeah right)
b) Jam cerutti 1881 (dah ada dah...tapi nak lagi)
c) BLACKBERRY!!!!! huhuhuhuhuuhu...
d) 1 set komik yang banyak so that boleh baring sepanjang hari membaca sambil bermalas²
e) doraemon
f) psp


***************************************************************************************





3. Facebook Craze (Kegilaan Mukabuku)

Sampai hari ni aku still tak dapat catch up apa best sangat muka buku nih. Mungkin sebab aku tak nak tau coz kalau aku tau aku akan bersungguh² pastu nanti ada org jeles :p

Facebook Picture

Real Life Person

Tapi aku rasa 'some' (note: some ye...bukan semua) org agak hipokrit.. post gambar lawa² yang telah diedit and so on tapi sebenarnya wajah sebenar lain... ntahla, mebbe org mcm ni ada inferior complex or whatsoever...


***************************************************************************************





Advantage n disadvantage ada ramai kawan baik
4. Best Friends

Masa sekolah dulu aku ada ramai best friends. Kononya kawan sehidup semati. Buat kerja gila sama². Sanggup bersusah payah bersama². Tapi sekarang? Ada 1 atau 2 yang aku still keep in touch tapi jarang-jarang sekali berjumpa...


Anda tau anda ada best friend apabila...


Anda tau dia bukan best friend anda apabila...

Bila anda dah berkerja, susah nak ada kawan yang sgt rapat seperti waktu persekolahan dahulu... kecuali Yom kot.. still rapat dengan rakan2 baiknya

Aku? Tiada...zero...nil...elek podachik

***************************************************************************************